Ahad, 18 Mac 2018

Mengapa Rakyat Sarawak Harus Menolak Mahathir


Sarawak ketika ini begitu pesat berubah sejak Datuk Seri Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Najib lebih terbuka terhadap segala permasalahan yang berbangkit di Sarawak. Malah Mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adnan Satem turut memuji Najib yang begitu prihatin terhadap Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengakui Najib begitu senang di bawa berbincang terutama berkaitan hak Sarawak yang terhakis dan buktinya tiga bulan pertama sejak menjadi Ketua Menteri, Najib terbuka dengan permintaan negeri dengan mengembalikan semula Empangan Hidroelektrik Bakun kepada Sarawak.

Bukan seperti Tun Mahathir yang tidak mempeduli masalah Sarawak ketika memegang tampok pemerintahan negara selama 22 tahun. Mahathir bukan seorang yang mudah di bawa berbincang.

Pemimpin Sarawak era Mahathir bukan tidak mempunyai niat untuk menyuarakan hak Sarawak, tetapi tindakan Mahathir selepas itu membatalkan niat untuk bersuara.

Contohnya apa yang berlaku kepada pemimpin Sabah Datuk Seri Maximus Onkili apabila menyuarakan tentang hak Sabah kepada Mahathir yang terus dikenakan tindakan sebagai tahanan ISA ketika itu. Betapa sukarnya untuk bersuara walaupun berkaitan penuntutan hak negeri.

Bukan sekadar itu sahaja, Mahathir juga yang menyebabkan bank-bank Sarawak lenyap sehingga kini akibat daripada strategi Mahathir. Bank Utama, Hock Hua Bank dan Kwong Lee Bank lesap ditelan akibat penggabungan institusi bank yang dilaksana Mahathir.

Cuma satu dapat diselamat oleh pemimpin Sarawak Tun Abdul Taib ketika itu iaitu Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak (SESCO). Jika Taib tidak bertindak bijak, sudah pasti SESCO menjadi pentadbiran kerajaan pusat dan Mahathir berjaya merampas hak Sarawak.

Perkara sebegini perlu di fahami rakyat Sarawak pada hari ini kenapa perlunya rakyat menolak Mahathir untuk berkuasa kembali. Bukan mudah untuk mendapat hak Sarawak kembali jika adanya Perdana Menteri seperti Mahathir selepas ini. 

Tidak mustahi hak yang telah dikembalikan oleh Najib akan dirampas semula sepertimana selama 22 tahun Mahathir memerintah negara. Rakyat Sarawak harus bersyukur kerana adanya Perdana Menteri seperti Najib yang terbuka dan komited untuk membantu Sarawak dan merealisasikan proses pengembalian hak kepada Sarawak.

Disalin sepenuhnya dari artikel Sarawakiana : Sarawak Berkembang Pesat Kerana Sifat Terbuka Najib

Selasa, 8 Ogos 2017

Pembangkang Sarawak Mengaku Kalah Hanya Kerana 2 Perkara Ini


Politik BN adalah politik khidmat bakti dan menunaikan janji kepada rakyat. Politik sebeginilah yang membawa harapan yang sebenar kepada rakyat. Harapan yang boleh direalisasikan kepada rakyat bukannya harapan kosong yang dibawa oleh Pakatan Harapan.

18 Disember 2016, 8 pakej pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dilancarkan oleh Datuk Seri Najib di Miri, Sarawak. Lebuhraya yang merentas hampir semua bandar dan kawasan di Sarawak.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini bakal memperkukuh dan memperluaskan jaringan jalan raya sedia ada dari Telok Melano, Sematan seterusnya ke bandar-bandar lain di Sarawak seperti di Lundu, Kuching, Bau, Padawan, Serian, Sri Aman, Betong, Saratok, Sarikei, Sibu, Selangau, Tatau, Bintulu, Bakun Junction, Miri, hinggalah ke Mengkalap-Merapok/sempadan Sindumin.

Lebuhraya bernilai RM16 billion ini adalah janji BN semasa PRU13. “Dalam manifesto PRU-13, BN menjanjikan Lebuh Raya Pan Borneo bermula di Sarawak. Hari ini, lebuh raya ini sedang pesat dibangunkan.

“Ini bukti bahawa BN adalah kerajaan yang menunaikan janji. We don’t just talk, we deliver! (Kita tidak sekadar bercakap, tetapi kita melaksanakannya),” kata Datuk Seri Najib pada 2 Mei 2016

Semalam, DAP dan PKR baru sibuk hendak merangka manifesto dan janji baru bagi PRU14 di Sarawak. PKR dakwa sudah ada calon berpotensi manakala DAP juga buat dakwaan yang sama. Akhirnya dua parti ini pasti akan bertembung sesama sendiri nanti pada PRU14.

BN sudah tunai janji, PKR dan DAP baru sibuk hendak rangka dan cipta janji baru.

Semalam, 7 Ogos 2017 adalah hari lahir Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg yang ke 67. Semalam juga, Abang Jo umumkan penubuhan syarikat minyak dan gas kerajaan negeri Sarawak iaitu Petroleum Sarawak (PETROS)

Kesemua Ahli Lembaga Pengarah Petros telah dilantik dan melibatkan mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam industri minyak dan gas yang langsung tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik.

Berita ini sebenarnya cukup menggembirakan warga Sarawak. Namun, penubuhan Petros yang akan bekerjasama dengan Petronas ini adalah satu berita buruk buat pembangkang di Sarawak.

Sejak PRU11 hingga PRU14 nanti, modal politik pembangkang adalah tentang tuntutan pemberian royalti minyak kepada Sarawak.

Pembangkang berjanji seandainya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan dan mampu memenangi majoriti kerusi di Sarawak, pakatan pembangkang akan memberi royalti kepada Sarawak.

Ini hanya janji manis sahaja. Belum tentu pembangkang hendak laksanakan. Penubuhan Petros sama sekali akan lenyapkan terus modal royalti minyak pembangkang ini.

Oleh kerana itulah, DAP Sarawak sudah mengaku kalah dalam Facebook mereka. DAP mengakui bahawa hanya parti setempat sahaja yang mampu membangunkan Sarawak dan memahami setiap satu keperluan negeri ini.

Penubuhan PETROS ini akan membuka banyak peluang pekerjaan buat rakyat Sarawak. Sepanjang 1,089 kilometer Lebuhraya Pan Borneo dan dilengkapi dengan stesen Petros bakal membawa harapan sebenar pada semua rakyat Sarawak.

Kesimpulannya, Lebuhraya Pan Borneo dan PETROS ini adalah bukti sebenar BN tunai janji pada rakyat Sarawak. Komitmen yang tinggi dan hubungan baik antara kerajaan pusat dan Sarawak memudahkan segala galanya.

72 kerusi DUN sudah dimenangi BN semasa PRN yang lepas. PRU13 yang lepas BN dapat 25 kerusi parlimen, 1 kerusi PKR dan 5 kerusi DAP. Wakil pembangkang bukan boleh bawa apa apa pun perubahan dan harapan di Sarawak.

Pengundi Sarawak kena beri balik 6 kerusi pembangkang ini kepada BN semasa PRU14 nanti. Sebagai tanda terima kasih, BN merealisasikan Lebuhraya Pan Borneo dan Petros. Ayuh jadikan semua 31 kerusi parlimen milik BN.

Credit : Beruang Biru

Jumaat, 4 Ogos 2017

Terkilan dan kecewa dengan DAP, Setiausaha Politik KM Sarawak menjadi mangsa



Cemburu, terkilan dan kecewa; itulah perasaan sebenar Aziz Isa sekarang setelah berkhidmat bertahun-tahun lamanya sebagai pembantu khas kepada YB Chong, Pengerusi DAP Sarawak.

Aziz yang telah banyak berkorban untuk parti DAP, sekarang telah mula berfikir segala usahanya selama ini tidak mendapat habuan yang sepatutnya.

Bukan setakat 'putih tulang', malahan Aziz semakin jelas 'putih mata' dengan situasi sebenar kedudukan beliau dalam DAP Sarawak.

Pusat khidmat DAP Petrajaya ditutup

Bermula sebagai penjaga pusat khidmat DAP, hanya setahun kemudian pusat khidmat yang dijaganya di kawasan Matang itu ditutup.

Ini telah menjatuhkan air muka Aziz apabila kutukan dari rakyat Petrajaya mengatakan bahawa Aziz hanya 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja.

Pusat khidmat DAP haya dibuka pada musim pilihanraya sahaja dan tiada keikhlasan dalam memberi khidmat kepada rakyat.

Dalam hal ini, DAP kelihatan sengaja mempermainkan serta Aziz.

Jadi calon dikawasan tidak boleh menang

Pada PRN Sarawak ke 11 tahun lepas, DAP meletakkan Aziz bertanding di DUN Batu Kitang, kawasan yang pasti Aziz kalah kerana terdapat calon BN dan PKR yang kuat di kawasan tersebut.

Sebelum PRN 11 Sarawak, ada ura-ura menyatakan bahawa Aziz akan diletakkan bertading di DUN Kota Sentosa, kawasan pasti menang.

Aziz yang sangat gembira, merasakan sudah pasti bakal menjadi seorang ADUN, sekali lagi kecewa apabila diberitakan bakal bertanding di DUN yang pengundi majoritinya adalah pengundi BN dan melawan YB Ali Mahmud, orang kuat BN serta mempunyai kedudukan yang kukuh.

Kekecewaannya berulang sekali lagi apabila akhirnya beliau akhirnya diletakkan bertanding di DUN Batu Kitang.

Bukan setakat kalah, tetapi secara terang-terangan majoriti pengundi DAP menyatakan bahawa mereka tidak mengundi Aziz tetapi mengundi parti DAP. Aziz hanyalah sebagai maskot yang dipinjamkan gambar untuk diletakkan di poster pilihanraya.

Jadi maskot 'tukang screw' Melayu

Bila merasa terlalu hebat semasa berceramah, Aziz sering merasa bangga. Namun kebanggaan itu sebenarnya menjadi bahan ketawa pihak pimpinan serta penyokong DAP.

'Superman' DAP pernah memberi menyatakan dalam beberapa ceramahnya bahawa Aziz berperanan sebagai tukang 'screw' orang Melayu di Sarawak.

Kenyataan tersebut bukanlah untuk dibanggakan. Malah ia adalah satu bahan gelak ketawa puak DAP kerana telah berjaya menjadikan Aziz sebagai pemecah belah kaum di Sarawak.

Dianaktiri DAP Sarawak

Kebelakangan ini semakin jelas DAP Sarawak, 'bos' kepada Aziz Isa ini telah mengetengahkan orang lain memegang beberapa jawatan penting dalam DAP; sama ada diperingkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

Tindakan ini sekali lagi membuatkan Aziz berasa meludah dimuka sendiri apabila baru tersedar segala pengorbanannya selama ini hanyalah sia-sia.

'Lembu keluar susu, sapi dapat nama'. Itulah keluhan yang sering bermain di dalam hati Aziz.

Mahu gaji setimpal atau menagih simpati BN?

Tindakan Aziz mengetengahkan isu perolehan serta tugas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak sebenarnya ialah beliau mahu menyampaikan mesej kepada DAP Sarawak agar memberi bayaran setimpal dengan apa yang telah beliau curahkan selama ini.

Aziz sudah tidak dapat lagi menggunakan istilah 'berkorban untuk parti' kerana beliau sudah mula sedar segala pengorbanannya selama ini bakal membuatkan dirinya betul-betul terkorban.

Tiada jalan lain melainkan DAP membayar gaji bulanan dengan jumlah yang besar. Jika tidak sama dengan gaji Setiausaha Politik KM Sarawak, sekurang-kurangnya pihak DAP tahu berapa nilai bayaran yang harus diberi kepada Aziz.

Mahu buat U-turn dan menyertai BN Sarawak adalah satu tindakan bunuh diri kerana keceluparan Aziz selama ini memaki hamun pihak BN termasuk 3 orang KM Sarawak, menyebabkan beliau tidak akan diterima sama sekali oleh BN Sarawak.

Malahan Aziz faham dan tahu beliau akan menjadi bahan ketawa para penyokong BN Sarawak jika beliau mula berbaik-baik dengan pimpinan BN Sarawak.

Selain neneknya yang jelas tidak menyokong usaha beliau bersama DAP, terdapat juga beberapa kelompok keluarga lain juga tidak menyukai sikap Aziz.

Hala tuju....atau 'hulu-hala?

Akhirnya Aziz cuma mampu menjadi 'macai terhormat media sosial' dikalangan penyokong DAP Sarawak (sahaja).

Tidak mustahil Aziz hanya bakal menjawat jawatan 'facebooker' DAP dibawah pecahan jawatan Unit Penerangan DAP Sarawak.

Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Unit Penerangan

Media

Media Sosial

Facebook

MACAI (Aziz Isa)

Hanya kawan baik Aziz di dalam BN Sarawak (yang sentiasa membocorkan rahsia BN Sarawak) dapat membantu Aziz kembali ke jalan yang benar...

Sekian.

Isnin, 3 Julai 2017

Mengapa Perlu Hantar Kumpulan Peguam Ke London?

 
Pelbagai reaksi yang diluahkan oleh pelbagai lapisan strata masyarakat Sarawak bilamana CM Abg Jo mengumumkan akan menghantar kumpulan peguam diketuai oleh Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ke London.

Mengapa perlu di hantar kumpulan peguam ini ke London?

Mengapa tidak ambil sahaja salinan Perjanjian Malaysia 1963 yang ada pada Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian seperti cadangan sinis DAP Sarawak ?

Perjanjian Malaysia 1963 jangan disamakan dengan perjanjian jual beli ayam sabung atau mana-mana perjanjian. Tindakan mencari dan meneliti rujukan sah berhubung perjanjian ini penting bagi menentukan hak-hak sebenar Sarawak seperti yang termaktub di bawah perjanjian berkenaan. Perjanjian ini bukanlah satu alat permainan yang boleh dipandang rendah, malah perjanjian ini perlu dilihat pada perspektif tepat. Jika Sarawak mahu menuntut hak atau sebarang kepentingan berkaitan dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri perlu membuat kajian yang menyeluruh di samping dilengkapi fakta-fakta yang betul. Bukannya dengan tindakan semberono dan membabi buta.

Kepada seluruh rakyat Sarawak. Kerajaan Sarawak sudah dan akan melakukan yang terbaik untuk Sarawak. Tidak perlulah berkelakuan seperti orang yang tidak waras dengan memperlekehkan usaha kepimpinan kita. Jangan termakan hasutan pihak-pihak yang mempunyai agenda peribadi yang akhirnya akan merugikan Sarawak keseluruhannya.






Khamis, 29 Jun 2017

Adun Bukit Assek Buktikan Pemimpin DAP Hanyalah "Kaki Facebook"

 
Menggunakan media sosial untuk memperlekehkan penjawat awam sudah menjadi trend DAP bagi mendapatkan populariti di kalangan pengundi mereka. Objektif hanyalah untuk memberitahu kepada pengundi mereka bahawasanya mereka buat kerja. Sesuatu yang dilihat betul-betul politik murahan.
 

Kejadian yang berlaku hari ini di Sibu bermula dengan kerosakan lampu trafik. YB Irene Chang, Adun Bukit Assek telah menghubungi polis trafik mengatakan terdapat kesesakan lalu lintas di jalan belakang Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu. Beliau mendakwa pegawai polis yang menerima panggilan telefon beliau secara biadap menjawab beliau dengan mengatakan polis sudah pun berada di sana sebelum ini tetapi terpaksa ke Jalan Oya kerana berlaku satu kemalangan di sana. YB Irene Chang memberitahu kepada pegawai polis berkenaan sepatutnya ada tambahan pegawai polis yang mengawal lalu lintas yang sesak. Beliau turut mendakwa pegawai polis tersebut menjerit terhadap beliau dan bila beliau bertanyakan nama pegawai polis tersebut, telefon diletak secara kasar.

Itu cerita yang dimuat naik di Facebook YB Irene Chang.

Setakat artikel ini ditulis, terdapat 3 komen dari penyokong beliau yang sudah pasti memperlekehkan pihak Polis Sibu.
 

Sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, sepatutnya YB Irene Chang membuat tindakan secara diplomatik, bukannya memuat naik status di Facebook seperti rakyat biasa. Saluran untuk beliau menyatakan ketidakpuasan hati beliau begitu banyak. Beliau boleh sahaja menghubungi Ketua Polis Daerah Sibu atau kalau mahu tiada masalah untuk beliau menghubungi Pesuruhjaya Polis Sarawak untuk menyatakan ketidakpuasan hati beliau terhadap layanan pegawai polis yang didakwa biadap terhadap beliau.

Terfikir juga di minda ini, kalau benar dakwaan YB Irene Chang pegawai polis tersebut biadap kepada beliau, adakah wujud provokasi terhadap pegawai polis tersebut ? Sebab semua orang tahu, pemimpin-pemimpin pembangkang sememangnya amat suka bermain provokasi terhadap pihak polis.
Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts