Ahad, 30 Oktober 2016

Hinanya DAP Sarawak di mata Lim Guan Eng



Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Kebangsaan sepatutnya merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Sarawak ke 18 yang diadakan hari ini di Hotel Paramount, Sibu. Mengikut makluman dari ahli DAP ketidakhadiran Lim Guan Eng adalah kerana PENERBANGAN DITUNDA. Satu alasan yang tidak boleh diterima akal.

Kekalahan besar DAP Sarawak pada PRN yang lalu memungkinkan perasaan teruja Lim Guan Eng untuk datang ke Sarawak pudar. DAP Sarawak yang sebelum ini disandarkan harapan untuk merampas kerajaan Sarawak dari tangan BN sewaktu PRN lepas nyata telah gagal menambah kerusi malahan semakin berkurang. Strategi "makan kawan" iaitu menempatkan calon DAP di kawasan PKR yang tidak menjadi telah menjatuhkan reputasi DAP Sarawak lalu membuatkan persepsi Lim Guan Eng terhadap DAP Sarawak sinis.

Jadi apa yang hendak diharapkan kepada DAP Sarawak untuk menyumbangkan lebih kerusi kepada DAP pada PRU 14 yang akan datang. Sekiranya berada di posisi Lim Guan Eng, daripada hadir konvensyen ini yang tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada DAP keseluruhan, lebih baik duduk diam melihat "pembangunan" Pulau Pinang. Sekurang-kurang di Pulau Pinang boleh merayau guna Mercedes PG1.

Maka alasan PENERBANGAN DITUNDA hanyalah satu alasan untuk menghalalkan ketidakhadiran Lim Guan Eng pada Konvensyen Tahunan DAP Sarawak ke 18.

0 comments:

Catat Ulasan

Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts