Khamis, 28 April 2016

Ada baiknya kahwinkan sahaja Abdul Raafidin dengan wartawan Malaysiakini


Dr. Annuar Rapaee, calon BN di Dun Nangka tidak perlu diperkenalkan lagi. Tanya sahaja rakyat di Dun Nangka bagaimana prestasi Dr. Annuar ? Mereka akan katakan inilah pemimpin yang senantiasa mengutamakan rakyat tanpa mengira warna kulit dan agama. Segala ceruk dibawah Dun Nangka akan dilawati untuk mengetahui apakah kekurangan dan keperluan rakyat di kawasan yang beliau wakili.

Lumrah manusia bukanlah sempurna. Niat serta tindakan yang baik kadang-kadang akan menjadi peluang terbuka kepada musuh untuk menyerang.

Maka pada tanggal 21 April 2016 pada Seminar Kepimpinan dan Keluarga Islam di Kompleks Islam Sarawak, Sibu dihadapan keseluruhannya peserta beragama Islam, Dr. Annuar dalam ucapannya menyeru agar umat Islam di Dun Nangka mempertahankan kepimpinan Islam (CM Adenan) kini yang menjaga umat Islam dan berlaku adil terhadap penganut agama lain. Wartawan Malaysiakini, Kow Gah Chie terus melihat perkara ini sebagai modal berita panas menjelangnya PRN Sarawak lantas menyerang Dr. Annuar dengan soalan provokasi dan dijadikan berita rasis "Jangan lepaskan peluang memimpin Sarawak, kata Adun".

Pelbagai pihak telah membidas penulisan tersebut sehinggakan ada yang membuat laporan polis dan akhirnya Malaysiakini terpaksa memanggil balik wartawan tersebut daripada membuat liputan di Sarawak atas alasan keselamatan.

Maka hadirlah PRN Sarawak. Calon-calon bertanding pun sudah diketahui. Dr. Annuar mewakili BN, Abdul Raafidin Majidi mewakili PKR dan Simon Tiong mewakili Star.

Ketandusan modal politik untuk melawan kredibiliti Dr. Annuar di Dun Nangka, Abdul Raafidin Majidi tiada jalan lain melainkan menggunakan jalan yang telah dirintis oleh Kow Gah Chie dengan mencabar Dr. Annuar untuk berdebat isu yang dirasakan oleh beliau boleh menjatuhkan kredibiliti Dr. Annuar. Judul debat telah dipilih iaitu "Siapakah yang lebih layak menjadi Ketua Menteri Sarawak" yang dicadangkan beliau diadakan pada 1 Mei 2016. Dengan sombong dan bongkak sesuai dengan parti yang diwakkli oleh beliau meminta Dr. Annuar yang menentukan tempat.


Beginilah perangai manusia bila sudah ketandusan modal politik. Apa perlu berdebat soal siapa paling layak menjadi Ketua Menteri jika diri sendiri pun belum tentu ada apa-apa sumbangan untuk rakyat terutamanya di Dun Nangka.

Wajah hanya muncul bila musim pilihanraya tapi berlagak seakan sudah beri 1001 macam jasa menampakkan orang sebegini hanya tahu bercakap sahaja.

Ada baiknya Abdul Raafidin ini dikahwinkan sahaja dengan wartawan Malaysiakini. Dua-dua kepala kaki putar alam.

0 comments:

Catat Ulasan

Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts