Khamis, 29 Jun 2017

Adun Bukit Assek Buktikan Pemimpin DAP Hanyalah "Kaki Facebook"

 
Menggunakan media sosial untuk memperlekehkan penjawat awam sudah menjadi trend DAP bagi mendapatkan populariti di kalangan pengundi mereka. Objektif hanyalah untuk memberitahu kepada pengundi mereka bahawasanya mereka buat kerja. Sesuatu yang dilihat betul-betul politik murahan.
 

Kejadian yang berlaku hari ini di Sibu bermula dengan kerosakan lampu trafik. YB Irene Chang, Adun Bukit Assek telah menghubungi polis trafik mengatakan terdapat kesesakan lalu lintas di jalan belakang Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu. Beliau mendakwa pegawai polis yang menerima panggilan telefon beliau secara biadap menjawab beliau dengan mengatakan polis sudah pun berada di sana sebelum ini tetapi terpaksa ke Jalan Oya kerana berlaku satu kemalangan di sana. YB Irene Chang memberitahu kepada pegawai polis berkenaan sepatutnya ada tambahan pegawai polis yang mengawal lalu lintas yang sesak. Beliau turut mendakwa pegawai polis tersebut menjerit terhadap beliau dan bila beliau bertanyakan nama pegawai polis tersebut, telefon diletak secara kasar.

Itu cerita yang dimuat naik di Facebook YB Irene Chang.

Setakat artikel ini ditulis, terdapat 3 komen dari penyokong beliau yang sudah pasti memperlekehkan pihak Polis Sibu.
 

Sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, sepatutnya YB Irene Chang membuat tindakan secara diplomatik, bukannya memuat naik status di Facebook seperti rakyat biasa. Saluran untuk beliau menyatakan ketidakpuasan hati beliau begitu banyak. Beliau boleh sahaja menghubungi Ketua Polis Daerah Sibu atau kalau mahu tiada masalah untuk beliau menghubungi Pesuruhjaya Polis Sarawak untuk menyatakan ketidakpuasan hati beliau terhadap layanan pegawai polis yang didakwa biadap terhadap beliau.

Terfikir juga di minda ini, kalau benar dakwaan YB Irene Chang pegawai polis tersebut biadap kepada beliau, adakah wujud provokasi terhadap pegawai polis tersebut ? Sebab semua orang tahu, pemimpin-pemimpin pembangkang sememangnya amat suka bermain provokasi terhadap pihak polis.

0 comments:

Catat Ulasan

Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts