Rabu, 25 Januari 2017

Disebalik Kisah "AMARAN TEGAS CM SARAWAK TERHADAP KERAJAAN NAJIB !"


Semalam kecoh dimedia sosial berkaitan satu viral seolah-olah kenyataan CM Abg Jo memberi amaran kepada pentadbiran Perdana Menteri Malaysia. 

AMARAN TEGAS CM SARAWAK TERGHADAP KERAJAAN NAJIB !

KUCHING _ ABANG JOHARI:

"Menyedari kuasa saya sebagai ketua menteri kerajaan sarawak yang setaraf kuasa seseorang yang memegang jawatan perdana menteri dalam tampuk kepimpinan di kerajaan persekutuan,dan setelah meneliti,mengambil kira kepentingan suara rakyat bumi kenyalang hatta meneliti aspek kemunduran yang masih tiada perubahan sepanjang 53 tahun bergelar sebagai salah satu negara bersekutu dalam persekutuan Malaysia

"dengan rasa penuh patriotik saya ketika ini sebagai anak jati sarawak,
di sini,hari ini saya dengan rasa berat hati namun atas dasar mengutamakan kebajikan anak bangsa sarawak,saya ingin  memberi kata dua,yang mana jika sekiranya kepimpinan kerajaan pusat masih terus berdolak dalih dalam perlaksanaan serta enggan menghormati segala yang telah disepakati dan telah termeterai siap ditandatangani bersama dalam dokumen perjanjian Malaysia 1963 (MA63),

Maka,"Saya tiada lagi pilihan lain selain mahu bubarkan parti barisan nasional di bumi sarawak dan seterusnya akan menubuhkan kerajaan negara sarawak yang baru,dari kalangan parti-parti politik tempatan sarawak sendiri,yang akan memimpin serta bersama mengemudi kerajaan Sarawak dalam kabinet saya tanpa ada lagi campur tangan kuasa kerajaan dari luar sarawak yang menguasai kepimpinan saya,malah juga kepimpinan kerajaan generasi masa datang sarawak."

Hari ni juga Abang Johari Tun Abang Haji Openg Telah membuat Kenyataan yang sama seperti yang ditegaskan oleh Al marhum Tan Sri Adenan Satem iaitu bahasa english adalah muktamad sebagai bahasa rasmi pendidikan serta urusan rasmi kerajaan Sarawak,

tambah beliau,"bahasa english adalah bahasa Universal,yang di guna pakai untuk berhubung Di seluruh dunia,dan setiap negara mempelajari nya,justeru saya mahu melihat seluruh org di sarawak bertutur dalam bahasa english selepas ini."

Dan bagi menghormati jasa pengasas serta penubuh Sarawak iaitu Sir Rajah James Brooke yang malangnya telah dicatat di dalam buku pendidikan sejarah sebagai penjajah british,beliau melaungkan,"saya akan melakukan sesuatu berhubung banyak kesalahan fakta-fakta sejarah sebenar Sarawak yang telah diputar belit yang malah saya lihat semakin menjadi-jadi dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik di Malaysia ini sehingga sanggup untuk memperbodohkan anak bangsa Sarawak dengan momokan fakta sejarah putar alam."

SARAWAKIAN SHALL BE FULLY BEHIND CM IN ENSURING COMPLIANCE WITH MA63..

Umum mengetahui Arwah Tan Sri Adenan Satem semasa memegang tampuk Ketua Menteri Sarawak begitu vokal dalam memperjuangkan isu hak-hak Sarawak. Kita boleh dengar dan lihat, dalam ucapan-ucapan beliau, di hadapan pimpinan negara termasuk Perdana Menteri, arwah Tan Sri Adenan menyebut secara terang-terangan bahawa beliau serius dan tidak main-main dengan apa yang beliau kehendaki.

Siapa-siapapun yang membuat artikel viral di atas cukup bijak. "Peluru" yang ditabur bukan setakat mengenai 1 sasaran, malahan mungkin 3-4 sasaran sehingga mencetuskan suasana dan persepsi yang berbeza terutamanya terhadap Ketua Menteri Sarawak.

Antara yang dapat ditafsirkan dari penulisan artikel ini adalah si penulis cuba mewujudkan suasana tegang dengan membandingkan gaya pentadbiran CM Abg Jo dengan arwah CM Adenan. Cerita dikaitkan dengan gerakan aktivis pemisah dan kumpulan yang memperjuangkan hak-hak Sarawak dikembalikan menjadikan ianya sesuatu bahan bacaan yang boleh mendapat rating tinggi memandangkan isu ini begitu dekat di hati rakyat Sarawak.

Permulaannya, Si penulis cuba membawa pembaca mentafsirkan CM Abg Jo lebih berani daripada arwah CM Adenan dalam berhadapan dengan Perdana Menteri. Dengan gaya penulisan yang biadap, si penulis cuba meyakinkan pembaca CM Abg Jo akan membuat satu tindakan paling berani iaitu membubarkan Barisan Nasional Sarawak dan seterusnya menubuhkan kerajaan negara Sarawak yang baru sekiranya tuntutan tidak dipenuhi.

Sebelum Pejabat Ketua Menteri mengeluarkan kenyataan penafian, pelbagai pendapat dan reaksi dilontarkan oleh pembaca yang membaca artikel ini. Semua tertanya-tanya, adakah benar CM Abg Jo mengeluarkan kenyataan sebegini berani. Bagi golongan pendesak yang begitu lantang ingin berpisah dari Malaysia, CM Abg Jo merupakan Hero Baru Rakyat Sarawak. 

Bila Kenyataan Penafian dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri, sekelip mata CM Abg Jo menjadi " Papan Target". Di sinilah mulanya hasrat Si Penulis berjaya membuat rakyat membandingkan  gaya CM Abg Jo dan arwah CM Adenan. Kenyataan Penafian digunakan sebagai tanda aras betapa CM Abg Jo bukanlah seperti arwah CM Adenan.

Para pemain facebook yang menyokong BN pula ada yang terus menuduh bahawa yang membuat artikel ini adalah dari kalangan aktivis pemisah yang diketuai oleh Yeu Beng Kor. Bukan hendak menyebelahi Yeu Beng Kor tetapi gaya penulisan ini bukanlah gaya Yeu Beng Kor.

Walau siapapun Si Penulis, anda sememangnya seorang yang amat faham situasi, kehendak dan keadaan semasa politik di negeri Sarawak.

0 comments:

Catat Ulasan

Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts