Ahad, 21 Mei 2017

Beginda Minda Sahkan Pembangkang Adalah Pemecah Belah Agama & Kaum


Baru sahaja minggu lepas di Sidang DUN Sarawak kecoh kerana Pengerusi DAP Sarawak, YB Chong Chieng Jen mengutarakan isu sensitif iaitu mempertikaikan kemasukan guru-guru agama Islam di Sarawak. Kini seorang lagi orang PKR Sarawak cuba membuat kekeliruan diantara rakyat Sarawak. 
 

Kemaskini Facebook Beginda Minda seperti yang tertera di bawah memperlihatkan betapa orang-orang pembangkang itu dengan sengaja menjadi pemecah belah keharmonian agama dan kaum di negara ini. 


Bukannya beliau tidak mengerti perbezaan agama dan kaum. Cuma bila hati sudah penuh dengan agenda kejahatan, mereka sanggup melihat kehancuran perpaduan diantara rakyat berbilang kaum dan agama khasnya di negeri Sarawak.

Seseorang yang bangsanya Dayak akan tetap menjadi Dayak walau apa anutan agama mereka sekalipun. Salahkah seseorang berbangsa Dayak beragama Islam merayakan perayaaan Gawai dengan cara pengisian seperti di atas?

Gawai itu sendiri adalah perayaan kaum dan bukannya perayaan agama. Mengapa Beginda Minda terus melabelkan program tersebut diadakan untuk menghina bangsa Dayak?

Pemberi ceramah pula dikatakan tidak tahu pasal Gawai. Sedangkan penceramah itu sememangnya Dayak. Cuma agamanya sahaja Islam. Apa Baginda Minda anggap bila seseorang itu memeluk agama Islam, segala adat Dayak terus dilupakan? Entah-entah penceramah itu lagi tahu adat Dayak berbanding Beginda Minda.

Para pengomen di status Facebook Beginda Minda pula seakan terus dikaburi oleh perasan marah yang tidak ditapis dengan akal yang waras. Langsung tidak mempedulikan perasaan masyarakat beragama Islam terutamanya yang berbangsa Dayak. 
 



Kita rakyat Sarawak selama ini mendabik dada bahawa "Kitalah Juara 1Malaysia". Tetapi kebanggaan itu seakan lenyap dek kerana perbuatan rakyat Sarawak seperti Beginda Minda. Sanggupkah kita kehilangan kebanggan ini semata-mata salah faham yang diwujudkan oleh Beginda Minda.

Bak kata peribahasa

Kerana Nila setitik, rosak susu sebelanga.

0 comments:

Catat Ulasan

Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts