Isnin, 3 Julai 2017

Mengapa Perlu Hantar Kumpulan Peguam Ke London?

 
Pelbagai reaksi yang diluahkan oleh pelbagai lapisan strata masyarakat Sarawak bilamana CM Abg Jo mengumumkan akan menghantar kumpulan peguam diketuai oleh Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ke London.

Mengapa perlu di hantar kumpulan peguam ini ke London?

Mengapa tidak ambil sahaja salinan Perjanjian Malaysia 1963 yang ada pada Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian seperti cadangan sinis DAP Sarawak ?

Perjanjian Malaysia 1963 jangan disamakan dengan perjanjian jual beli ayam sabung atau mana-mana perjanjian. Tindakan mencari dan meneliti rujukan sah berhubung perjanjian ini penting bagi menentukan hak-hak sebenar Sarawak seperti yang termaktub di bawah perjanjian berkenaan. Perjanjian ini bukanlah satu alat permainan yang boleh dipandang rendah, malah perjanjian ini perlu dilihat pada perspektif tepat. Jika Sarawak mahu menuntut hak atau sebarang kepentingan berkaitan dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri perlu membuat kajian yang menyeluruh di samping dilengkapi fakta-fakta yang betul. Bukannya dengan tindakan semberono dan membabi buta.

Kepada seluruh rakyat Sarawak. Kerajaan Sarawak sudah dan akan melakukan yang terbaik untuk Sarawak. Tidak perlulah berkelakuan seperti orang yang tidak waras dengan memperlekehkan usaha kepimpinan kita. Jangan termakan hasutan pihak-pihak yang mempunyai agenda peribadi yang akhirnya akan merugikan Sarawak keseluruhannya.






0 comments:

Catat Ulasan

Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts