Ahad, 7 Mei 2017

Berita yang mungkin amat menyedihkan Ketua Pembangkang Sarawak


Umum mengetahui, semalam rombakan kabinet Sarawak telah dilakukan oleh YAB CM Abg Jo yang menyaksikan beberapa nama telah dinaikkan pangkat. Antaranya adalah YB Abdullah Saidol, Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) Sarawak merangkap Adun Semop.


Sebelum ini, semasa bersidangnya DUN Sarawak antara yang dinanti-nantikan oleh pengamal media adalah perdebatan antara YB Abdullah Saidol dan YB Chong Chieng Jen. Celoteh kedua-duanya begitu menghidupkan suasana di sidang DUN.



Tahniah kepada YB Abdullah Saidol. 

Berita ini mungkin akan membuatkan YB Chong Chieng Jen bersedih. Tidak mengapa, ramai lagi Adun BN yang belum mengeluarkan kuku mereka. Kita tunggu siapa yang akan dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak (BNBBC) yang baru.

0 comments:

Catat Ulasan

Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts