Khamis, 4 Mei 2017

Mengundi DAP merugikan rakyat di Parlimen Lanang dan SIbu

 
Semenjak di wakili oleh DAP, Parlimen Lanang dan Sibu dilihat 'lesu' dari pembangunan. MP yang menang diharapkan membela nasib rakyat terutamanya rakyat di pinggir bandar hanya lebih berminat dengan isu-isu Nasional yang langsung tidak membantu meningkatkan ekonomi rakyat.

Oleh yang demikian, Dato Seri Wong Soon Koh selaku Adun Bawang Assan menyeru pengundi-peng-undi di Parlimen Sibu dan Lanang agar menyokong calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Bercakap di Majlis Makan Malam Kutipan Dana Gereja Methodist Iban Sungai Aup, Engkalat dan Pasir Masdi pada malam ahad lalu, beliau turut membidas wakil rakyat DAP yang langsung tidak melaksanakan apa-apa untuk rakyat di Parlimen Lanang dan Sibu.

Sememangnya apa yang dikatakan oleh Dato Seri Wong Soon Koh amatlah tepat. Sedang kerajaan kini menuju ke arah negara maju, amatlah rugi rakyat di Parlimen Lanang dan Sibu sekiranya terus memberikan kepercayaan kepada DAP untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat. 

Kebisuan MP Lanang dan Sibu untuk bercakap mengenai pembangunan kedua-dua parlimen ini di Dewan Rakyat dan hanya mengharapkan Adun-Adun BN seperti Adun Dudong, Bawang Assan dan Nangka membawa pembangunan dari peruntukkan Kerajaan Negeri seperti Makan Gaji Buta. 

Peruntukkan dari Kerajaan Pusat amatlah diperlukan untuk mempercepatkan pembangunan di sekitar pinggir bandar Parlimen Lanang dan Sibu. Dengan adanya MP BN mewakili Parlimen Lanang dan Sibu sudah pasti rakyat di pinggir bandar terbela.

0 comments:

Catat Ulasan

Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts