Rabu, 15 Februari 2017

Individu disebalik FB Zulfae Iskandar adalah seorang "Pelacur Politik"


Tular di media sosial kini kenyataan kononnya dari YAB CM Sarawak yang melarang semua media cetak dan elektronik,serta seluruh rakyat dan juga seluruh pemimpin dari Tanah Melayu (Malaya) untuk tidak lagi menyebut Sarawak sebagai "NEGERI",bagi memperbetulkan kekeliruan rakyat Malaysia.
 
Dalam kenyataan itu juga mendakwa, YAB CM Sarawak melahirkan kekecewaan yang mendalam berhubung MA63 yang tidak pernah diajar di sekolah.
 
Melihat kepada keseluruhan posting-posting yang dibuat oleh penama FB Zulfae Islandar ini, dapat disimpulkan bahawa FB Zulfae Iskandar direka untuk merenggangkan hubungan kerajaan Sarawak dan kerajaan Pusat. 
 
Mengulas perkara ini, YB Abdullah Hj Saidol, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak menyatakan YAB CM Sarawak tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini samada secara bertulis atau melalui ucapan terbuka. Perbuatan ini adalah satu cubaan berterusan pihak yang tidak bermaruah yang bertujuan memecahbelahkan rakyat.

Beliau turut menyelar tindakan ini dengan melabelkan individu yang terlibat adalah seorang "Pelacur Politik" yang kerjanya hanya lah bertujuan untuk melaga-lagakan kepimpinan negeri Sarawak dan kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, dalam perundingan atau perbincangan dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak bersikap serius dan tegas tetapi tidak sesekali akan mengambil pendekatan yang kasar atau biadap.

"Masyarakat kita ada kesopanan dan berhemah.

"Kumpulan pemfitnah politik ini ingin melihat kita berpecah belah dan berburuk-sangka supaya mereka mencapai misi politik mereka yang cetek dan rapuh," katanya

Beliau berkata, kita harus sentiasa berhati-hati dan berfikiran matang, budaya fitnah dan putar-belit dalam politik semakin menjadi-jadi.

Abdullah yang juga Pengerusi BNBBC Sarawak menegaskan undang-undang yang ada harus digunakan dengan tegas untuk memastikan mereka yang sentiasa bersikap ingin melihat perpecahan dan kacau-bilau diambil tindakan yang serius.

"Mereka boleh dianggap sebagai pengkhianat kepada hak serta keinginan kita semua untuk menikmati keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat majmuk. Dalam apa keadaan sekali pun, Kita mesti bersatu dalam kepelbagaian pendapat," tegasnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts