Selasa, 28 Februari 2017

Ketakutan DAP Sarawak terhadap CM Abg Johari


Menghampiri tibanya masa Pilihanraya Umum Ke 14, semua parti politik yang akan mengambil bahagian dilihat mula menjalankan kempen bagi memastikan pengundi ingat dengan parti mereka. Satu situasi yang tidak menghairankan di Malaysia.


Malam semalam DAP Sibu telah mengadakan satu forum bertemakan Rebuilding Our Future di Paramount Hotel. 5 orang pemimpin DAP ditampilkan, iaitu YB David Wong (Adun Pelawan), YB Alice Lau (MP Lanang), YB Irene Chang (Adun Bukit Assek), YB Oscar Ling (MP Sibu) dan penceramah dari Johor, YB Liew Chin Tong (MP Kluang).

Seperti biasa dalam mana-mana ceramah DAP, sudah pasti YAB PM Dato Seri Najib dijadikan "papan target". Isu 1MDB, 2.6 billion, dan GST menjadi modal untuk mereka bercakap dan menghabiskan masa. 

Tiba giliran YB Alice Lau. Menariknya YB Alice Lau seakan cukup takut dengan CM Abg Johari. Pelbagai dakwaan dilemparkan kepada CM Abg Johari.

CM Abg Johari membuka pintu untuk UMNO masuk ke Sarawak
CM Abg Johari membiarkan Ustaz/Ustazah dari Semenanjung datang ke Sarawak
CM Abg Johari tidak berani bersuara demi kepentingan Sarawak, tidak seperti Arwah "Tok Nan"

Sampai ke rampasan "BERUS CAT BABI" pun YB Alice Lau menyalahkan CM Abg Johari.



Adakah dengan menggunakan pendekatan menyerang CM Abg Johari, DAP Sibu akan terus relevan di hati sanubari pengundi di Sibu ?

Ataupun DAP Sibu sudah tiada bahan untuk dipersembahkan kepada rakyat Sibu dan merasa khuatir kekuatan sendiri lalu menggunakan taktik menyerang CM Abg Johari ?

Menjadi seorang pemimpin politik bukanlah hanya berpolitik 24 jam sahaja dan menyalahkan pihak lawan. Buktikan diri itu boleh menjadi tauladan dan bukan hanya bercakap kosong menuding jari ke arah pihak lain.

Apa yang YB Alice Lau beri kepada rakyat di kawasan parlimen beliau selama sepenggal menjadi Ahli Parlimen. Yang rakyat nampak hanyalah menyalahkan pihak lain tanpa ada ikhtiar untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Rakyat di Parlimen Lanang seharusnya menolak pemimpin sebegini.

0 comments:

Catat Ulasan

Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts