Ahad, 15 Mei 2016

Adun Samariang "sekolahkan" Aziz DAP


Strategi DAP yang menggunakan pendekatan kempen kebencian semasa PRN Sarawak ternyata gagal mempengaruhi pengundi-pengundi di Sarawak terutamanya pengundi muda untuk menjatuhkan reputasi BN dan memberikan undi kepada mereka. Ini jelas terbukti bila keputusan PRN yang mana menyaksikan DAP kehilangan beberapa buah kerusi mereka sedia dan termasuklah kerusi yang ditandingi Abdul Aziz Isa atau lebih dikenali sebagai Aziz DAP di Dun Batu Kitang.

Semua orang mengetahui perangai dan tutur kata Aziz DAP bila berucap di hadapan penyokong DAP. Apa yang tidak keluar dari mulut celupar Aziz DAP ? Sumpah seranah, maki hamun, kurang ajar kepada pimpinan BN negeri dan pusat. Perangai sebegini tidak direstui oleh nenek Aziz DAP sendiri sehinggakan nenek Aziz DAP terpaksa pula menyeru orang ramai agar tidak mengundi cucu beliau di atas keceluparan Aziz DAP.

Perangai Aziz DAP ini telah ditegur oleh ADUN Samariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang mengatakan kemenangan Barisan Nasional (BN) Sarawak dengan besarnya membuktikan mesej jelas bahawa masyarakat negeri ini menolak pengaruh politik negatif dari parti luar.

Bercakap pada Majlis Makan Malam Penghargaan Jentera BN-PBB Samariang beliau mengatakan rakyat Sarawak hanya menerima politik pembangunan sekali gus menolak keras unsur negatif yang cuba dibawa masuk ke dalam kancah politik di negeri ini. Tanpa menyebut nama parti dan individu, diyakini mesej beliau jelas merujuk kepada kempen parti DAP dan Aziz DAP.









0 comments:

Catat Ulasan

Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts