Isnin, 7 Disember 2015

Mat Sabu Kini Jurucakap DAP

 
 
Jarang-jarang ahli politik veteran PAS Datuk Mustapa Ali 'melenting'... tapi kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu bahawa PAS kini diresapi ideologi IS sudah buat Mustapa Ali berangin satu badan.

Dalam satu kenyataan media Ahad, Mustapa yang juga Pengarah Pilihanraya PAS mendedahkan bahawa Mat Sabu kini jelas merupakan jurucakap DAP.

Menurutnya tindakan Mat Sabu ini adalah sebahagian strategi DAP untuk memburukkan PAS.

"Bagi menyelamatkan diri, Mat Sabu tidak kisah untuk menjadi alat atau jurucakap DAP apalagi persepsi umum sudah melihat PAN tidak lebih dari proksi DAP.

"Oleh itu, walaupun tuduhan itu berniat jahat tapi provokasi itu tidak akan memberi kesan kepada PAS kerana rakyat dan masyarakat umum sudah memahami pendirian PAS.

"Sebaliknya ia akan mengesahkan pandangan rakyat bahawa Amanah dan Mat Sabu adalah proksi DAP sebagai satu realiti bukan lagi sekadar satu persepsi", katanya.

Bekas Setiausaha Agung PAS itu merujuk kepada kenyataan Mat Sabu yang mengaitkan PAS dengan IS baru- baru ini.

Jelasnya, kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS yang kini menjadikan PAS sebagai musuh nombor satu DAP, turut mendakwa kenyataan ini tidak dipersetujui oleh ahli Amanah yang lain.

"Mengikut sumber dalaman, kenyataan (Mat Sabu) sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar pimpinan utama PAN. Dan Mat Sabu membuat kenyataan ini tanpa merujuk dan mendapat restu mereka", kata Mustafa menafikan dakwaan Mat Sabu.

Mustafa juga mendakwa langkah Mat Sabu mengaitkan PAS dengan IS adalah perancangan DAP untuk menakut-nakutkan pengundi Cina semasa Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak tahun hadapan.

"Khabarnya, Mat Sabu juga sudah mendapat jaminan Lim Guan Eng untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam PRU ke-14 akan datang sama ada di bawah simbol PAN atau DAP," jelas Mustafa.

Mat Sabu pada Selasa mendakwa antara punca penubuhan Amanah adalah kerana bekas partinya, PAS, sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Beliau dalam pada itu turut menggesa pihak keselamatan menjalankan siasatan ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya 'takfiri' dalam PAS.

Perkara itu menimbulkan persoalan banyak pihak mengapa dakwaan Mat Sabu dibuat sekarang dan bukannya semasa beliau pernah menjadi orang nombor dua parti

0 comments:

Catat Ulasan

Email Newsletter

Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)


Your email address is safe with us!

Total Pageviews

Popular Posts